Hebatnya susu kambing [news clip]

Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu.

Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa. Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12 dan potassium.

Baraka Susu Kambing, Susu kambing Baraka

Baraka Susu Kambing, Susu kambing Baraka

 

Manfaat daripada susu kambing
Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu. Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.

Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.

Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning dan membantu ­pesakit anemia. Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w. Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Makanan untuk kecerdasan otak
Ginkgo Biloba adalah salah satu makanan yang ­terbaik untuk otak. Ia ­mampu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak.

Kajian mendapati dengan mengambil ginkgo biloba setiap hari, khasiatnya dapat meningkatkan aktiviti otak, menajamkan fikiran, menguatkan daya ingatan dan mengatasi masalah lupa.

Selain itu, kismis juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama. Ia kaya garam mineral dan vitamin seperti magnesium, kalsium, zat besi, vitamin B,C dan K yang baik untuk sistem saraf, otot dan memberikan tenaga.

Penawar kepada segala macam penyakit
Habbatus sauda sering ­digunakan dalam perubatan Islam kerana ia mengandungi khasiat yang mujarab. ­Seiring dengan hadis Nabi yang mengesyorkan umat Islam untuk mengamalkannya, ramai yang mengambilnya sebagai penawar kepada pel­bagai jenis penyakit.

Ini kerana habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel ­tumor.

Khasiat dari gam arab
Gam Arab adalah gam semula jadi yang terhasil daripada getah pokok yang boleh dijumpai di Asia Barat dan Afrika. Ia kaya dengan serat yang mampu menstabilkan masalah kontraksi usus kecil. ia juga mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit.

Buah delima yang kaya dengan antioksidan
Buah delima adalah buah yang berkhasiat dan baik ­untuk membantu menyihat­kan badan. Ia mengandungi bahan antioksidan (flavonoids) yang boleh melindungi sel kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.

Kebaikan biji aprikot
Biji aprikot yang diambil daripada buah aprikot diketahui mengandungi vitamin B-17. Di Russia sejak tahun 1845, ekstrak biji aprikot telah lama digunakan sebagai remedi untuk mencegah kanser. Menurut kajian oleh Pertubuhan Kanser Amerika Syarikat, vitamin B-17 juga dapat mengurang­kan kadar tekanan darah ­tinggi dan membantu pesakit artritis.

Menikmati segelas susu kambing yang segar adalah sesuatu yang agak jangkal dilakukan suatu ketika dulu. Kini, semua telah mengetahui kelebihan yang terkandung di dalam susu kambing.

Dengan tambahan makanan-makanan lain seperti kismis, delima, gam arab, habbatus sauda dan biji aprikot, ia menjadi minuman kesihatan yang ­lengkap untuk seisi ­keluarga.


Punca: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hebatnyasusukambing/Article – Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/22

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s